CSE 1022
SILAT
TAJUK:
TOKOH SILAT
HAJI HAMID BIN HAJI HAMZAH
PENSYARAH
DR. MOHAMAD NIZAM BIN MOHAMED SHAPIE
ENCIK SYAHID
NAMA:UMMI AMINAH BINTI ABDULLAH
NO MATRIK:1131294
Latar belakang
Haji
Hamid Bin Haji Hamzah merupakan pengasas utama
Seni Silat Sendeng.Beliau telah dilahirkan pada tahun 1972 di Sungai
Mati yang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 10 km daripada
Bandar Maharani Muar,Johor. Selain dikenali sebagai Haji Hamid, beliau juga
dikenali sebagai Hamid Jah ataupun Hamid Rimau.Beliau merupakan anak ke 3
daripada 13 orang adik-beradik.Di samping itu ,beliau juga merupakan cucu
kepada Haji Hassan Bin Haji Mahat dan Haji Taman Dagang.Sepertimana yang kita
tahu ,Haji Hassan Bin Mahat merupakan seorang guru yang masyhur dalm bidang
permainan asli Kuntau Melaka atau dikenali sebagai Kuntau Telak Emas.Haji Hamid
telah mewarisi ilmu persilatan daripada kedua-dua datuk beliau.Beliau telah
mula mempelajari ilnu silat sejak berusia 5 tahun.Beliau juga telah menukar
nama Silat Sendeng Muar kepada Silat Sendeng Malaysia.Beliau telah mempelajari
pelbagai ilmu silat daripada ninda-ninda beliau dan guru-guru yang terkenal
dengan ilmu persilatan.Beliau juga pernah mendapat Pengurniaan Pingat Pangkuan
Negara (PPN) oleh DYMM SPB Agung di Istana Negara.Beliau telah kembali ke
rahmatullah pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal 1410 Hijrah setelah
beliau menabur bakti dalam bidang persilatan selama 58 tahun dan pada ketika
itu ,beliau berumur 63 tahun.
PENDIDIKAN
Haji
Hamid bin Haji Hamzah telah mula mempelajari ilmu persilatan sekitar tahun 1932 dan ketika beliau berusia 5 tahun. Pada ketika
itu ,beliau telah dibimbing ilmu persilatan daripada nindanya iaitu Haji Hassan
Bin Haji Mahat yang merupakan pendekar dalam bidang persilatan.Pada usia yang
muda,beliau telah dibimbing oleh nindanya pelbagai teknik sepak terajang silat
,seni tari silat serta cara menggunakan senjata seperti keris ,pedang.tumbuk
lada ,parang,tekpi,tembong,tongkat ,tuas dan kerambit.Beliau juga telah
mempelajari beberapa jenis silat iaitu
silat cekak,silat belebat,kuntau dan silat
sembah.
Setelah
10 tahun mempelajari silat dari nindanya ,beliau telah berguru pula dengan
nindanya sebelah ibunya iaitu Taman Dagang yang dikenali sebagai seorang yang
gagah dan perkasa.Ketika beliau berguru dengan nindanya ,beliau telah diajar
mengenai ilmu sendeng asli yang
merangkumi pelbagai permainan seperti lapis sendeng dan ilmu pukul .Beliau
telah diajar secara tegas oleh nindanya selama 6 bulan bagi setiap belebat
secara bersendirian. Berkat ketabahan dan kegigihan beliau, ilmu sendeng telah
dikuasai sepenuhnya oleh beliau dengan jayanya.
Di
samping itu , pada tahun 1942 beliau juga telah mendalami ilmu pukulan 7 hari
atau dikenali sebagai ilmu sendeng 7 hari dari Haji Mohd Arif Shamsu
(Shamsuddin).Ketika beliau mendalami ilmu ini ,beliau telah diuji untuk
bertempur secara dekat dengan cara beliau akan dipanggil naik ke rumah dan akan
diserang daripada belakang pintu.Beliau telah berjaya mengatasi serangan
tersebut dan disebabkan kejayaan tersebut Haji Mohd Arif Shamsu telah
mengakui beliau sememangya layak untuk
menjadi seorang guru yang handal dalam bidang persilatan.
Selain
itu,beliau juga telah berguru dengan Haji Mohd Salleh Bin Abdul Karim atau
dikenali sebagai Kiai Salleh atau Panglima Salleh Selempang Merah pada tahun
1945 . Sepanjang berguru dengan Kiai Salleh , beliau telah mempelajari pelbagai
ilmu keagamaan dan kerohanian selama 3 tahun. Sebelum beliau diterima berguru
dengan Kiai Salleh . beliau telah diuji dengan diberi tugasan untuk mengejarkan
kebun selama 6 bulan. Selepas 6 bulan beliau mengerjakan kebun tersebut ,barulah
Kiai Salleh bertanyakan namanya dan diterima untuk diperturunkan ilmu kebatinan
dan keagamaan.Setelah 3 tahun ,mendalami ilmu keagamaan ,beliau telah diuji
buat kali kedua oleh Kiai Salleh sebelum dikhatamkan. Beliau telah diuji
kefahaman tauhidnya dengan disuruh beramal dengan harimau jadian olah gurunya
di dalam sebuah gua yang terletak di Bukit Parit Sulong,Muar Johor .Namun demikian, beliau menolak arahan
gurunya secara baik dan menyatakan bahawasanya lebih baik beliau beramal di
masjid.Apabila gurunya mendegar penolakan beliau,gurunya merasa sangat gembira
dan mengakui bahawa beliau sangat layak untuk dikhatamkan.Beliau telah
dikhatamkan oleh Kiai Salleh dalam kelambu untuk mengelak dilihat oleh anak
murid yang lain.Beliau juga telah menerima “ayat empat” dari Kiai Salleh dan
diperturunkan kepada ahli silat sendeng
Malaysia sehingga kini.
Beliau
juga mendalami ilmu daripada guru-guru silat yang lain iaitu:
·
Kiyai Mustahir,
Pagoh
·
Panglima Lias,
Pagoh
·
Hj Mohd Lip Bedu
(Ilmu Tauhid)
·
Hj Abd Ghani,
Jalan Daud, Muar
·
Dato Mohd Bakar
(Kadi Besar, Johor)
·
Ustaz Sulaiman
Sujak
·
Ustaz Ahmad
Tunggal, Parit Sakai, Muar.
Sumbangan
Haji
Hamid bin Haji Hamzah telah menyumbangkan pelbagai sumbangan dalam bidang
persilatan dengan cara menjadi pengasas dan guru silat.Beliau telah
memperturunkan pelbagai ilmu silat sendeng kepada anak muridnya.Beliau telah
memulakan kerjaya sebagai guru silat dalam sekitar tahun 1950-an.Sebelum beliau
memulakan kerjaya tersebut ,beliau telah meminta izin dan tauliah daripada
guru-gurunya. Pad tahun 1950-an ,beliau telah mula mengembangkan ilmu silat
sendeng di bawah nama “silat sendeng
Muar” dan kemudiannya ilmu tersebut tersebar di sekitar negeri Johor , Pahang
,Melaka ,Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan lalu dinamakan Seni Silat
Sendeng Malaysia.Ketika beliau menjadi guru ,beliau telah diuji dengan pelbagai
dugaan dan cabaran namun demikian beliau tetap tidak berputus asa.Berkat
kesabarannya ,beliau telah berjaya mengembangkan ilmu silat sendeng di serata
negeri.Antara anak muridnya yang begitu dikenali dalam bidang persilatan ialah:
1. Haji Ismail bin Haji Saidin @ Tok Sidang
2. Haji Jamaluddin bin Shahadan @ Cikgu
Jamal
3. Ahmad Nazari bin Haji Abdul Hamid @
Cikgu Atan (Anak Haji Hamid)
4. Haji Rosmani bin Abd Samad.
KEISTIMEWAAN
Haji Hamid Bin Haji
Hamzah merupakan seorang pengasas dan mahir dalam bidang ilmu seni silat
sendeng.Selain daripada mahir bersilat ,beliau juga merupakan seorang yang
pandai memasak.Antara masakannya yang
disukai ramai iaitu nasi Briyani.Kebiasaanya apabila beliau memasak untuk
kenduri jarang sekali masakannya tidak dihabiskan oleh tetamu.
Di samping itu ,beliau
juga dikenali sebagai seorang yang sangat menitikberatkan soal agama dalam
kehidupannya.Keilmuan agama dalam dirinya terselah melalui peribadinya.Beliau
dikatakan kurang bercakap melainkan apabila perlu sahaja.Beliau juga pernah
dilantik menjadi imam Masjid Jamik Bukit Kangkar serta ketua kampong Bukit
Kangkar yang terletak di Muar ,Johor.
Selain itu ,beliau juga
dikenali sebagai seorang guru yang tegas dan digeruni oleh anak –anak muridnya
.Namun demikian di sebalik ketegasannya ,beliau merupakan seorang yang
penyayang.Menurut Haji Jamaluddin
Shahadan ,beliau mempunyai cara bergurau yang tersendiri yang dapat
mengundang sesiapa yang bergurau dengannya.Anak muridnya juga sangat
mengasihi beliau walaupun beliau merupakan seorang guru yang tegas.
seni silat sendeng
Sepertimana
yang kita tahu Haji Hamid Bin Haji Hamzah merupakan pengasas seni silat sendeng
Malaysia.Beliau telah mengabadikan ungkapan seni silat sendeng pada perguruan
yang mengandungi falsafah dan ertinya sendiri .Antara pengertian ungkapan dalam
seni silat sendeng Malaysia iaitu:
·
SENI - adalah
kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketika menggayakan
atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.
·
SILAT - ialah
ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan diri atau menyerang sama
ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.
·
SENDENG - merupakan
adunan teknik pukulan dan dan tektik mengelak atau menyerang berposisi
mengiring.
Sekiranya kita
mendalami erti perkataan sendeng
merangkumi erti kata yang luas dari segi ilmiah,jasmani dan rohani.
Dari
segi ilmiah 'Sendeng' terdiri dari
sukukata dua perkataan yang dicantumkan iaitu 'SEN dan 'DENG yang membawa
maksud:
' SEN ' - singkatan
dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang kukuh, kuat dan rapi.
' DENG ' - (atau ' DING
' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat bertahan, tembok atau
tempat perlindungan.
Dari sudut jasmani pula ,seni silat
sendeng dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang
membahaya seperti halkum ,muka
,dada,sudut hati ,rusuk,perut , dan kemaluan dengan cara menyendeng ketika
bersilat.
Manakala dari segi rohaniah
kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman 'permainan jauh ' dan
seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak
di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh
bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif ' yang
terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring.Lagipun turun naik nafas
yang menjadi panduan utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk
dikesan.
Lampiran
Gambar di atas merupakan salasilah perguruan seni silat sendeng.Jadual di atas
juga menunjukkan bukti bahawa Haji Hamid Bin Haji Hamzah merupakan pengasas
seni silat sendeng Malaysia.
Lambang Seni Silat Sendeng
Malaysia Ini Adalah
Hasil Ciptaan Cikgu Haji Khamis
[Bakri] & Allahyarham Haji Ismail Haji Hamzah
Mendapat Perkenan Allahyarham Haji
Abdul Hamid Haji Hamzah
Allayarham Haji Hassan bin Haji Mahat (yang
dibulatkan)merupakan ninda kepada Allahyarham Haji Hamid Bin Haji Hamzah.Beliau
berada di sebelah kanan nindanya ketika beliau kecil
Allahyarham Haji
Abdul Hamid Haji Hamzah Bin Haji Hassan Pendekar
Bergambar Dengan
Isteri Ketika Pengurniaan Pingat Pangkuan Negara [PPN]
Oleh DYMM SPB YDP
Agung Di Istana Negara.
RUJUKAN
echelon-vedasara.blogspot.com
sendengmalaysia.blogspot.com
psssm-m.blogspot.com
3.bp.blospot.com
Pertubuhansenisilatsendengjohor.blogspot.com
Akmaledge.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan