Selasa, 5 November 2013

tokoh silat Haji Hamid bin Haji hamzah



   
CSE 1022
                   
SILAT

TAJUK:
TOKOH SILAT
                                                   HAJI HAMID BIN HAJI HAMZAH

PENSYARAH
DR. MOHAMAD NIZAM BIN MOHAMED SHAPIE
ENCIK SYAHID

NAMA:UMMI AMINAH BINTI ABDULLAH
NO MATRIK:1131294







Latar belakang

            Haji Hamid Bin Haji Hamzah merupakan pengasas utama  Seni Silat Sendeng.Beliau telah dilahirkan pada tahun 1972 di Sungai Mati yang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 10 km daripada Bandar Maharani  Muar,Johor. Selain  dikenali sebagai Haji Hamid, beliau juga dikenali sebagai Hamid Jah ataupun Hamid Rimau.Beliau merupakan anak ke 3 daripada 13 orang adik-beradik.Di samping itu ,beliau juga merupakan cucu kepada Haji Hassan Bin Haji Mahat dan Haji Taman Dagang.Sepertimana yang kita tahu ,Haji Hassan Bin Mahat merupakan seorang guru yang masyhur dalm bidang permainan asli Kuntau Melaka atau dikenali sebagai Kuntau Telak Emas.Haji Hamid telah mewarisi ilmu persilatan daripada kedua-dua datuk beliau.Beliau telah mula mempelajari ilnu silat sejak berusia 5 tahun.Beliau juga telah menukar nama Silat Sendeng Muar kepada Silat Sendeng Malaysia.Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu silat daripada ninda-ninda beliau dan guru-guru yang terkenal dengan ilmu persilatan.Beliau juga pernah mendapat Pengurniaan Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh DYMM SPB Agung di Istana Negara.Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal 1410 Hijrah setelah beliau menabur bakti dalam bidang persilatan selama 58 tahun dan pada ketika itu ,beliau berumur 63 tahun.







          PENDIDIKAN
Haji Hamid bin Haji Hamzah telah mula mempelajari ilmu persilatan  sekitar tahun 1932  dan ketika beliau berusia 5 tahun. Pada ketika itu ,beliau telah dibimbing ilmu persilatan daripada nindanya iaitu Haji Hassan Bin Haji Mahat yang merupakan pendekar dalam bidang persilatan.Pada usia yang muda,beliau telah dibimbing oleh nindanya pelbagai teknik sepak terajang silat ,seni tari silat serta cara menggunakan senjata seperti keris ,pedang.tumbuk lada ,parang,tekpi,tembong,tongkat ,tuas dan kerambit.Beliau juga telah mempelajari  beberapa jenis silat iaitu silat cekak,silat belebat,kuntau dan silat  sembah.
Setelah 10 tahun mempelajari silat dari nindanya ,beliau telah berguru pula dengan nindanya sebelah ibunya iaitu Taman Dagang yang dikenali sebagai seorang yang gagah dan perkasa.Ketika beliau berguru dengan nindanya ,beliau telah diajar mengenai  ilmu sendeng asli yang merangkumi pelbagai permainan seperti lapis sendeng dan ilmu pukul .Beliau telah diajar secara tegas oleh nindanya selama 6 bulan bagi setiap belebat secara bersendirian. Berkat ketabahan dan kegigihan beliau, ilmu sendeng telah dikuasai sepenuhnya oleh beliau dengan jayanya.
Di samping itu , pada tahun 1942 beliau juga telah mendalami ilmu pukulan 7 hari atau dikenali sebagai ilmu sendeng 7 hari dari Haji Mohd Arif Shamsu (Shamsuddin).Ketika beliau mendalami ilmu ini ,beliau telah diuji untuk bertempur secara dekat dengan cara beliau akan dipanggil naik ke rumah dan akan diserang daripada belakang pintu.Beliau telah berjaya mengatasi serangan tersebut dan disebabkan kejayaan tersebut Haji Mohd Arif Shamsu telah mengakui  beliau sememangya layak untuk menjadi seorang guru yang handal dalam bidang persilatan.
Selain itu,beliau juga telah berguru dengan Haji Mohd Salleh Bin Abdul Karim atau dikenali sebagai Kiai Salleh atau Panglima Salleh Selempang Merah pada tahun 1945 . Sepanjang berguru dengan Kiai Salleh , beliau telah mempelajari pelbagai ilmu keagamaan dan kerohanian selama 3 tahun. Sebelum beliau diterima berguru dengan Kiai Salleh . beliau telah diuji dengan diberi tugasan untuk mengejarkan kebun selama 6 bulan. Selepas 6 bulan beliau mengerjakan kebun tersebut ,barulah Kiai Salleh bertanyakan namanya dan diterima untuk diperturunkan ilmu kebatinan dan keagamaan.Setelah 3 tahun ,mendalami ilmu keagamaan ,beliau telah diuji buat kali kedua oleh Kiai Salleh sebelum dikhatamkan. Beliau telah diuji kefahaman tauhidnya dengan disuruh beramal dengan harimau jadian olah gurunya di dalam sebuah gua yang terletak di Bukit Parit Sulong,Muar Johor  .Namun demikian, beliau menolak arahan gurunya secara baik dan menyatakan bahawasanya lebih baik beliau beramal di masjid.Apabila gurunya mendegar penolakan beliau,gurunya merasa sangat gembira dan mengakui bahawa beliau sangat layak untuk dikhatamkan.Beliau telah dikhatamkan oleh Kiai Salleh dalam kelambu untuk mengelak dilihat oleh anak murid yang lain.Beliau juga telah menerima “ayat empat” dari Kiai Salleh dan diperturunkan kepada  ahli silat sendeng Malaysia sehingga kini.  
Beliau juga mendalami ilmu daripada guru-guru silat yang lain iaitu:
·         Kiyai Mustahir, Pagoh
·         Panglima Lias, Pagoh
·         Hj Mohd Lip Bedu (Ilmu Tauhid)
·         Hj Abd Ghani, Jalan Daud, Muar
·         Dato Mohd Bakar (Kadi Besar, Johor)
·         Ustaz Sulaiman Sujak
·         Ustaz Ahmad Tunggal, Parit Sakai, Muar.









Sumbangan
Haji Hamid bin Haji Hamzah telah menyumbangkan pelbagai sumbangan dalam bidang persilatan dengan cara menjadi pengasas dan guru silat.Beliau telah memperturunkan pelbagai ilmu silat sendeng kepada anak muridnya.Beliau telah memulakan kerjaya sebagai guru silat dalam sekitar tahun 1950-an.Sebelum beliau memulakan kerjaya tersebut ,beliau telah meminta izin dan tauliah daripada guru-gurunya. Pad tahun 1950-an ,beliau telah mula mengembangkan ilmu silat sendeng  di bawah nama “silat sendeng Muar” dan kemudiannya ilmu tersebut tersebar di sekitar negeri Johor , Pahang ,Melaka ,Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan lalu dinamakan Seni Silat Sendeng Malaysia.Ketika beliau menjadi guru ,beliau telah diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran namun demikian beliau tetap tidak berputus asa.Berkat kesabarannya ,beliau telah berjaya mengembangkan ilmu silat sendeng di serata negeri.Antara anak muridnya yang begitu dikenali dalam bidang persilatan ialah:
1.       Haji Ismail bin Haji Saidin @ Tok Sidang
2.       Haji Jamaluddin bin Shahadan @ Cikgu Jamal
3.       Ahmad Nazari bin Haji Abdul Hamid @ Cikgu Atan (Anak Haji Hamid)
4.       Haji Rosmani bin Abd Samad.






    KEISTIMEWAAN
Haji Hamid Bin Haji Hamzah merupakan seorang pengasas dan mahir dalam bidang ilmu seni silat sendeng.Selain daripada mahir bersilat ,beliau juga merupakan seorang yang pandai  memasak.Antara masakannya yang disukai ramai iaitu nasi Briyani.Kebiasaanya apabila beliau memasak untuk kenduri jarang sekali masakannya tidak dihabiskan oleh tetamu.
Di samping itu ,beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat menitikberatkan soal agama dalam kehidupannya.Keilmuan agama dalam dirinya terselah melalui peribadinya.Beliau dikatakan kurang bercakap melainkan apabila perlu sahaja.Beliau juga pernah dilantik menjadi imam Masjid Jamik Bukit Kangkar serta ketua kampong Bukit Kangkar yang terletak di Muar ,Johor.
Selain itu ,beliau juga dikenali sebagai seorang guru yang tegas dan digeruni oleh anak –anak muridnya .Namun demikian di sebalik ketegasannya ,beliau merupakan seorang yang penyayang.Menurut Haji Jamaluddin  Shahadan ,beliau mempunyai cara bergurau yang tersendiri  yang dapat  mengundang sesiapa yang bergurau dengannya.Anak muridnya juga sangat mengasihi beliau walaupun beliau merupakan seorang guru yang tegas.












seni silat    sendeng
Sepertimana yang kita tahu Haji Hamid Bin Haji Hamzah merupakan pengasas seni silat sendeng Malaysia.Beliau telah mengabadikan ungkapan seni silat sendeng pada perguruan yang mengandungi falsafah dan ertinya sendiri .Antara pengertian ungkapan dalam seni silat sendeng Malaysia iaitu:
·         SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.

·         SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan diri atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.

·         SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan dan tektik mengelak atau menyerang berposisi mengiring.

Sekiranya kita mendalami erti perkataan sendeng  merangkumi erti kata yang luas dari segi ilmiah,jasmani dan rohani. Dari segi ilmiah  'Sendeng' terdiri dari sukukata dua perkataan yang dicantumkan iaitu 'SEN dan 'DENG yang membawa maksud:
' SEN ' - singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang kukuh, kuat dan rapi.

' DENG ' - (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat bertahan, tembok atau tempat perlindungan.


Dari sudut jasmani pula ,seni silat sendeng  dapat  menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang membahaya  seperti halkum ,muka ,dada,sudut hati ,rusuk,perut , dan kemaluan dengan cara menyendeng ketika bersilat.
Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman 'permainan jauh ' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif ' yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring.Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk dikesan.


















      Lampiran


Gambar di atas merupakan salasilah  perguruan seni silat sendeng.Jadual di atas juga menunjukkan bukti bahawa Haji Hamid Bin Haji Hamzah merupakan pengasas seni silat sendeng Malaysia.








Lambang Seni Silat Sendeng Malaysia Ini Adalah
Hasil Ciptaan Cikgu Haji Khamis [Bakri] & Allahyarham Haji Ismail Haji Hamzah
Mendapat Perkenan Allahyarham Haji Abdul Hamid Haji Hamzah







Allayarham Haji Hassan bin Haji Mahat (yang dibulatkan)merupakan ninda kepada Allahyarham Haji Hamid Bin Haji Hamzah.Beliau berada di sebelah kanan nindanya ketika beliau kecil





Allahyarham Haji Abdul Hamid Haji Hamzah Bin Haji Hassan Pendekar
Bergambar Dengan Isteri Ketika Pengurniaan Pingat Pangkuan Negara [PPN]
Oleh DYMM SPB YDP Agung Di Istana Negara.












Gambar di atas merupakan datuk Allayarham Haji Hamid bin Hamzah  yang   banyak mengajar beliau dalam ilmu silat sejak kecil iaitu Haji Hassan.

RUJUKAN
*    echelon-vedasara.blogspot.com
*    sendengmalaysia.blogspot.com
*    psssm-m.blogspot.com
*    3.bp.blospot.com
*    Pertubuhansenisilatsendengjohor.blogspot.com
*    Akmaledge.blogspot.com











Tiada ulasan:

Catat Ulasan